



Andailah Aku
Vanessa telah menjadi saksi kepada satu tragedi antara Qistina dengan Teacher. Dengan pengetahuan yang beliau ada, Vanessa sedaya upaya cuba membantu rakannya.
Baca
Ecah Legend
Ecah Legend adalah satu naskah yang cuba mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dengan kisah permainan popular murid sekolah suatu ketika dahulu. Kadang-kala nama gelaran kita hari ini diberi oleh kawan-kawan bermula di sekolah rendah kerana suatu peristiwa tertentu.
Baca
Dalam Aliran
Kisah tentang seorang budak sekolah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Sekolah buat kali pertama
Baca
Memori Disekolah Untuk Fahmi
Tiga sahabat merakamkan suasana disekolah untuk kawannya yang bernama Fahmi. Siapa Fahmi? Kenapa mereka rakam video untuk Fahmi?
Baca
Operasi Keceriaan Kelas
Pertandingan keceriaan kelas sekolah tahunan sudah bermula. Syed dan rakan-rakannya bersemangat untuk memenangi pertandingan ini. Adakah mereka akan menjuarai pertandingan keceriaan kelas ini atau sebaliknya?
Baca
Rezeki Yang Tersembunyi
Saleha merupakan seorang isteri yang kehilangan suaminya. Bagi menyara hidup, Saleha berkerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang menjadi punca kematian suaminya sendiri. Namun terdapat misteri yang mengaitkan sekolah tersebut dan suami Saleha sendiri.
Baca
MULAI HARI INI, AKU..
Shad seorang bekas pelajar samseng yang digeruni tak mahu lagi terlibat dengan aktiviti gangsterisma dengan mulakan hidup baru di sekolah baru. Dia sangka orang tak kenal dia, tapi bukan pelajar samseng di sekolah barunya. Selepas selamatkan kawan karib dia dari dibuli..
Baca
Petrus Anak Peter
Mengisahkan seorang Cikgu sekolah yang mengalami kejadian pelik setelah memakan sebuah makanan di kantin sekolah. Hal tersebut telah membuatkan beliau mengembara ke masa silam dan cuba perbetulkan kesilapannya
Baca
12 Saat
12 Saat - Mengisahkan Cikgu bernama Jimmy yang mengimbau kembali kenangannya bersama rakan pelatih mewakili sekolah di kejohanan MSSM. Beliau ketika itu suka memperlekehkan kemampuan seorang rakan pelatih sewaktu sesi latihan yang bernama Hisham Hadi yang pada akhirnya telah menjadi atlit pecut sensasi di Kejohanan ketika itu dan menjadi penyebab utama sekolah mereka menjadi Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSM.
Baca
JERI SEPI MOTIVASI DIRI
Nazri (Jeri) yang mula hilang motivasi untuk ke sekolah kerana ayahnya ditimpa kemalangan di hadapan sekolahnya..
Baca
Alasan Saya
Seorang budak sekolah rendah menceritakan alasannya mengapa dia tidak menghantar kerja sekolahnya dalam pelbagai cara.
Baca
Awang Arjuna
Sekolah Silat Telapak Maharaja diceroboh oleh Ahli-ahli dari Sekolah Silat Keris Terbang. Mampukah Ahli-ahli Sekolah Telapak Maharaja mengatasinya?!
Baca
Penghuni Mistik
Seorang pemuda berkerjaya sebagai pereka konten sepenuh masa membawa penonton ke dunia paranormal. Dia sanggup mengambil risiko untuk menyelesaikan misteri dan gangguan di sekolah 'berpenghuni' yang merupakan salah satu set pengembaraan mistiknya.
Baca
Boleh ker?
Kisah komedi waktu rehat oleh empat sahabat yang mencuit hati dan penuh kejutan. Muiz, Faroq, Rahman dan Nazmi mula terjebak dengan satu permainan yang luar biasa. Adakah permainan ini akan menguji persahabatan mereka?
Baca
Maya
Pertemuan singkat antara Kira dengan Maya, seorang gadis berlawanan latar dan karakter dari dirinya membawa kepada tragedi yang menghantui hidup Kira.
Baca
Origami
Kanak-kanak istimewa tidak terpisah dengan imaginasi, begitu lah seharian sepasang rakan karib adib dan jaman. Pernah terfikir apa berlaku bila dua kanak-kanak istimewa bergaduh? Ikuti kisah origami!
Baca
Adi Wira
Mengisahkan aktiviti seorang pelajar sekolah sepanjang perjalanan nya ke sekolah dan impiannya yang ingin menjadi adiwira.
Baca
Harapan
Cikgu Mus bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku ketika dia dan kawannya, Awie masih bersekolah dan belajar dalam kelas 4 Merah dahulu.
Baca
Keris Biru
Lukman dan rakan-rakannya sedang belajar di perpustakaan. Apabila rakan-rakannya telah pulang, muncul satu keris misteri..
Baca
Surat Dari Hujan
Setiap kali hari hujan, Amelia akan terimbas kembali memori tentang sahabat lamanya - tentang kisah persahabatan mereka yang sentiasa diiringi dengan titisan air mata.
Baca
Mimpi
Mengisahkan tentang Mad, seorang pelajar sekolah yang mengalami mimpi aneh berturut-turut mengenai pengakhiran dunia. Anggapan Mad ianya hanya sekadar mimpi sahaja namun sebaliknya pula terjadi.
Baca
Puru Panik
Ayen 'meminjam' si Puru dari abangnya untuk tugasan kelas sains di sekolah. Namun, hal yang tak disangka terjadi pula. Ayen menjadi panik!
Baca
Hari Pertama
Sebuah kisah seorang gadis yang memulai kehidupannya di hari pertama ke sekolah ahli sihir.
Baca
Hari Pertama
Mengimbau memori dan nostagia bersama si cilik Sarah dalam menempuhi hari pertama di alam persekolahan.
Baca
Alma Mater
Mengisahkan satu keluarga pelarian perang yang mencari tempat perlindungan baru dan secara tidak sengaja tiba di sekolah lama pasangan suami isteri itu. Alma mater mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat adalah istilah latin yang bermaksud sekolah, maktab atau universiti yang pernah menjadi tempat belajar seseorang.
Baca
Nostalgia
Haikal adalah pelajar cemerlang yang telah menduduki tempat pertama 4 tahun berturut-turut. Malangnya tahun ini Zubir iaitu ketua pengawas mengetahui bahawa Haikal meniru.
Baca
Kisah Cinta Kita
Alice dan Nazeef bertemu dengan guru mereka semasa sekolah rendah dan bercerita tentang kisah cinta mereka. Tapi cerita itu ditambah unsur fantasi dari anime terkenal.
Baca
Makna Sekolah
Semasa di rumah, Afiq duduk dalam bilik dengan rasa kecewa dengan sikap sesetengah guru dan juga sesetengah rakan sekolah yang mengabaikan beliau dan sikap lewa oleh guru. Afiq juga fikir apa tujuan dan matlamat Afiq untuk bersekolah? Muncul seorang ibu yang penyayang bernama Puan Aisyah untuk menasihati Afiq supaya Afiq kekal istiqamah dalam perjuangan hidup sebagai pelajar sekolah. Puan Aisyah juga menceritakan kisah antara Puan Aisyah dan nenek Afiq sebagai pengajaran dan pengalaman untuk Afiq.
Baca
"Yang ikhlas, Diarimu"
Sebuah diari misteri yang disangkakan sekadar cerita rekaan, kini menjadi nyata apabila digunakan oleh Julia, seorang pelajar contoh sekolah. Diari tersebut mendedahkan pelbagai kisah yang dilalui oleh "Tuannya". Ia boleh muncul di mana-mana sahaja jika terlepas pandang dan mengundang orang yang menjumpainya untuk membacanya. Lebih menakutkan lagi, diari ini tidak boleh dihapuskan.
Baca
Satu tembakan,demi pujian wanita
Alsagoff ingin menjadi seorang yang layak dikagumi di dalam sosial hiaraki sekolah terutama sekali di kalangan wanita namun apakah realiti mempunyai pendapat yang lain ?
Baca
Nasi Lemak!
Mengisahkan tiga orang sahabat yang ingin membeli nasi lemak Mak Limah untuk kali terakhir sebelum Mak Limah berhenti bekerja di kantin sekolah. Namun, bukan mereka sahaja yang mempunyai keinginan tersebut, semua warga sekolah tersebut berebut-rebut ingin membeli nasi lemak Mak Limah. Jadi, Hizami, Cammery, dan Aason Chin merancang cara untuk sampai dulu ke kantin sebelum para pelajar yang lain.
Baca
Budak Nakal
Telatah pelajar yang nakal, warden asrama dan pengawal keselamatan di suatu malam.
Baca
Janji
"Ada khabar angin yang menyatakan tapak sekolah kami dulu adalah kawasan istana Raja Bersiong". Seram dan sunyi, itulah keadaan sekolah pada 29 Februari.
Baca
Pesta Sains SMK L
Ustaz Fadhil mengadili gerai pesta sains Sekolah Menengah Kebangsaan L. Dengan penilaian yang ketat, dapatkah murid-murid SMK L mendapat sebarang markah? Siapakah yang akan memenangi pesta sains?
Baca
Nota Maut
Seorang pelajar menjumpai buku nota yang boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa yang namanya ditulis didalam buku nota itu. Diilhamkan dari manga terkenal 'Death Note'.
Baca
Sekolah Ain
Sebuah kisah yang mana bukan jenis kisah sekolah biasa yang sering di dengari. Kisah yang mengajak semua orang berfikir diluar kotak imaginasi dunia dan jauh dari kisah yang penuh cliche.
Baca
Pertandingan sains sekolah
Mengenai abu yang menyertai pertandingan sains sekolah Dimana harus mencipta sebuah robot dan mengunakan sumber tenaga yang boleh di perbaharui
Baca
Ponteng Kelas
Sewaktu seorang murid sedang memonteng kelas, dia diganggu dengan entiti yang tidak disangkakan. Walaubagaimanapun, tuah berada di sisinya apabila seseorang datang untuk menolong... tapi dengan keputusan yang kurang memuaskan.
Baca
Hadiah Hari Guru
Mengisahkan Batrisya yang kali pertama ingin memberi hadiah Hari Guru kepada guru kesayangannya, iaitu Cikgu Qaisarah. Dia sedih kerana hadiah asal yang hendak diberikan kepada cikgu telah dirosakkan oleh adiknya.
Baca
Surat
Firdaus seorang pelajar asrama yang malas belajar dan suka menghabiskan masa dengan membaca komik setiap malam sehinggalah beliau bermimpi dan menjumpai surat misteri.
Baca
Edu-Komik
Sebuah komik yang pastinya menggamit memori zaman persekolahan berkisarkan kisah seram, misteri, lucu dan tauladan.
Baca
Buta
Mengisahkan keangkuhan seorang murid, diuji dengan satu kejadian yang menjadi titik tolak kepadanya untuk berubah daripada seseorang yang BUTA HATI.
Baca
Putih Melati
Mengisahkan gadis kampung bernama Melati yang hidup pada era 1950an yang ingin memasuki sekolah, namun dihalang oleh ibunya dek kerana tidak menjadi kebiasaan untuk perempuan pergi ke sekolah pada ketika itu.
Baca
Impian
Adeline minat melukis sejak kecil. Namun begitu, apabila impiannya sebagai pelukis menjejaskan prestasi pelajarannya, persoalan demi persoalan mula timbul di benak fikirannya. Apabila kekeliruan dan perasaan serba-salah membelenggui Adeline, pertemuan dengan seorang senior membantunya untuk lebih memahami erti di sebalik impiannya itu.
Baca
Badminton Punya Hal
Sekumpulan pelajar yang mempunyai hobi yang sama iaitu bemain badminton. Disebabkan terlalu minat, mereka sanggup bermain pada lewat malam di dewan sekolah. Sehinggalah pada suatu malam ketika meeka sedang bermain, tiba-tia elektrik terputus dan berlakulah kejadian-kejadian yang takkan mereka lupa sampai bila-bila.
Baca
Drama Kucing
Pada suatu hari masa rehat, Aazad sedang bersembunyi disebalik pokok bunga di kawasan sekolah dan memerhati dua ekor kucing yang sedang saling merenung antara satu sama lain di luar dewan sekolah. Beberapa orang mengikuti dia untuk melihat dua ekor kucing itu dan membuat teori berkenaan dengannya.
Baca
Jinjangan
Jinjangan adalah sebuah kisah mengenai seorang pawang muda (Tosan Aji) yang memburu jembalang. Pekerjaan sebagai pemburu jembalang yang berbayar kurang didengari oleh orang sekeliling termasuk di kalangan jembalang, namun penampilan Tosan Aji memberi kesedaran kepada mereka.
Baca
Perempuan Kelas Sebelah
Vishnu terpinggir di sekolahnya dan mengalami rasa kesunyian yang mendalam. Tetapi itu berubah apabila dia bertemu dengan seorang pelajar perempuan misteri bernama Mei Ling dan dengan itu perkara pelik mula berlaku selepas itu di sekolah.
Baca
Suka Je
"Suka tak sekolah?" "...Suka je."Azam balas dengan ragu-ragu bila disoalkan sebegitu. Aik? Kenapa pulak?
Baca
Kau di Taman Hatiku
Seorang pelajar lelaki yang jatuh hati pada seorang gadis yang bersifat tegas terhadap semua lelaki yang bernama Kasih. Kasih dianggap Muslimah akibat ketegasannya terhadap semua lelaki di sekolahnya. Tetapi disebabkan satu permintaan dari seorang pelajar lelaki itu, telah menimbulkan kepercayaan dan kelembutan hati si gadis yang tegas itu.
Baca
Sekadar Renungan
Dilema seorang murid lelaki yang terperangkap antara cinta dan cita.
Baca
Mimpi
Mimpi adalah sebuah cerita berkenaan dengan seorang budak yang bernama aqil yang ingin lulus di dalam peperiksaan,semasa peperiksaan sedang berlansung Aqil tetiba tertido dan bermimpi sedang berlawan dengan soalan peperiksaannya.
Baca
Stor
Zul mengajak Amirul untuk menemaninya ke stor lama yang berada di belakang sekolah mereka dimana terdapat penampakan makhluk halus di sana. Amirul tidak mengetahui apa tujuan Zul untuk ke sana kerana dia dipujuk oleh Zul untuk tetap menemaninya. Apabila mereka berdua berada di stor lama itu pada waktu malam, Amirul dan juga Zul seakan-akan tidak mempercayai setelah apa yang berlaku serta tidak dapat melupakan kejadian tersebut di stor lama itu.
Baca
Kisah Pertarungan Robotik Fuad
Fuad seorang pelajar sekolah menengah aliran pertanian berkeinginan menyertai pertandingan pertarungan robotik oleh sekolah aliran robotik.
Baca
Reunion
Berkisahkan perjumpaan semula bekas pelajar tingkatan 5 yang terpisah setelah 20 tahun.
Baca
Perkasa
Komik ini menceritakan tentang dua orang pelajar yang sama-sama berlatih untuk menjadi lebih kuat atas tujuan yang tertentu.
Baca
Kad
Setelah tamat peperiksaan akhir tahun, Udin meluangkan masa dengan rakan sekelasnya dengan bermain satu permainan kad yang bernama 'UNOW'. Semasa permainan itu berlansung, terdapat detik-detik lucu yang ada pada setiap pemain kad tersebut.
Baca
Pejuang Sihir
Seorang murid yang menipukan identitinya sebagai seorang murid yang lemah tetapi sebenarnya kuat dan identitnya kantoi disebabkan oleh pertandingan yang mesti dia masuk kerana pengetua sekolah tersebut yang menyuruhnya masuk.
Baca
Debunga
Debunga adalah kisah dimana bumi mempunyai mikroorganisma yang mampu memberi seseorang abiliti dan dikenali sebagai Pelesit. Dengan adanya pelesit di bumi, kehidupan manusia berbeza apabila disalahgunakan. Oleh itu, terdapat sebuah agensi anti pelesit digelar sebagai Sinergi dimana mereka memburu pelesit demi ganjaran yang lumayan.
Baca
Bebeda
Seorang pelajar yang menghadapi masalah keluarga sehingga membawa kepada peristiwa yang menjadikannya menyesal seumur hidup.
Baca
Kenapa Tidak Boleh Bawa Telefon Ke Sekolah!
Komik ini mengisahkan tentang Zul , murid tingkatan 1 yang sedih kerana dirampas telefonnya oleh Cikgu. Ingin tahu apa yang terjadi? Bacalah sehingga habis.
Baca
Roda Empat
Setelah habis sesi P&P, tiga sekawan dalam diam menanti sekolah mereka kosong tiada orang. Mereka berhasrat ingin melaksanakan sesuatu, tetapi perlu mencari benda beroda empat. Apakah yang mereka sedang lakukan sebenarnya?
Baca
Gurauan
Haikal suka bergurau dengan rakannya tetapi tidak menyedari gurauannya itu memudaratkan.
Baca
Misteri Stor Berhantu
Misteri stor sukan berhantu menjadi tanda tanya murid-murid di sekolah.
Baca
Memori 4 Rusyd
Mengisahkan tentang cabaran kelas 4 Rusyd untuk mencantikkan kelas mereka dari diejek orang lain lagi. Cerita ini berdasarkan kisah dengan watak-wataknya yang sebenar untuk dijadikan memori kepada pelukis.
Baca
Hantu Jelma
Cikgu Lucy merupakan guru baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Merah. Pada mulanya, Lucy tidak merasakan apa-apa yang akan terjadi sehinggalah suatu ketika itu, dia mendengar bunyi tangisan. Adakah Lucy harus pergi atau menuju ke arah tangisan tersebut?.
Baca
GTO - Guru Terampil Osman
Kisah tentang seorang guru yang baru sahaja bertukar masuk ke sebuah sekolah di pendalaman negara. Pada hari pertama beliau di sekolah, beliau telah ditugaskan untuk mengambil alih sebuah kelas yang pelajarnya bermasalah. Bagaimanapun dengan ilmu dan kemahirannya, beliau tetap berusaha untuk membimbing pelajar dan berjanji untuk menjadikan sekolah adalah tempat paling seronok untuk semua pelajarnya
Baca
Siapa Salah?
Satu pergaduhan telah berlaku di sekolah melibatkan 3 orang pelajar oleh itu pihak sekolah membentuk jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini.....sebenarnya siapa yang bersalah ?
Baca
Budi
Budi merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 yang bermasalah di sekolah. Pelbagai masalah yang dihadapinya menjadikan Budi seorang yang pesimis. Suatu hari, semasa cuba untuk memonteng kelas, Budi terserempak dengan tukang cuci yang baik hati dan bersikap optimis.
Baca
Misteri Koridor
Komik mengisahkan tentang misteri sebuah koridor sekolah dan seorang pelajar lelaki yang dapat melihat makhluk ghaib.
Baca
Hijab
Istilah dwi-maksud yang merentas dimensi dan dimuatkan dalam sebuah kisah teladan
Baca
Hantu Flash Sekolah
Di blok C tingkat 3 sekolah, terdapat sebuah tandas yang tiada siapa gunakan. Terdapat khabar angin bahawa murid murid mendengar bunyi flash jamban daripada tandas usang itu. Harith dan rakan-rakan nya pergi ke tandas itu untuk menyiasati hantu di situ.
Baca
Mariya
Cikgu Mariya dibantu oleh Anna dengan membawa kotak yang berisi dokumen untuk dibawa ke bilik guru. Dalam perjalanan mereka, Badrul menyadung kaki Anna menyebabkan Anna terjatuh sementara Hasan mengetawakan Anna. Cikgu Mariya dengan pantas mendekati Anna dan tidak dapat mempercayai apa yang Badrul telah lakukan dan katakan kepada Anna. Kemudian, Badrul dan Hasan berlari meninggalkan mereka apabila Cikgu Firdaus memunculkan diri.
Baca
Budi
Cikgu Budi tidak disukai setiap pelajar kerana sikap beliau yang garang dan tidak pernah memberi muka. Namun, di sebalik sikap beliau, terdapat 'budi' yang tidak diketahui sesiapa pun.
Baca
Pertubuhan Silat Sekolah
Amat telah tertarik untuk menyertai pertubuhan silat sekolahnya setelah diajak oleh kawannya Ajim, semakin lama beliau belajar silat, bakatnya telah berkembang dan dengan semangat untuk maju, beliau layak menyertai Sayembara Pencak Silat melawan ramai pesilat handalan lain daripada serata pelusuk negeri.
Baca
Sekolah
Komik dakwah tentang konsep "Sekolah", sambil meneroka idea berkaitan teknologi 5G.
Baca
Ikrar
Kisah di antara dua orang pelajar sekolah menengah, seorang dari kelas hadapan manakala seorang lagi dari kelas belakang. Walaupun mereka dari dunia yang berbeza, namun bersama mengikat ikrar demi mengejar impian.
Baca
Gadis Cahaya
Pada masa siang, saya Thea. Hanya gadis biasa dengan kehidupan yang normal. Tapi ada sesuatu tentang saya yang tak ada sesiapa tahu, sebab saya ada rahsia...
Baca
Kisah Lagenda
Mengisahkan tentang seorang murid lelaki yang baru diterangkan oleh rakannya tentang kisah lagenda di sekolah barunya. Tanpa disedari,kisah itu berkait dengan rakannya tersebut...
Baca
Peluang
Faiz seorang pemuda yang berkerjaya.Namun begitu kehidupan alam dewasanya tidak seperti di impikan olehnya.Kebanyakan masanya hanya dihabiskan dengan perihal kerja.Menyebabkan dia mengenangkan kembali zaman remajanya.Dimana dia tidak mengunakannya dengan sebaik mungkin."Andai aku dapat undurkan masa."Faiz terbangun dan melihat dua rakan sekelasnya yang selalu menegurnya berada di hadapannya.Adakah ia mimpi? Atau peluang kedua bagi Faiz?
Baca
Pangkat Budak SBP
Zan dalam misi menjadi pelukis komik muda "pertama" dari SBP
Baca
Tali Kasut
Mengisahkan Taki, pelajar 10 tahun yang tak tahu ikat tali kasut pada hari pertama sekolah
Baca
Monopoli
Akob, seorang pelajar di sekolah berasrama penuh tertinggal buku di dalam kelasnya. Tetapi, menjadi suatu kesalahan bagi pelajar untuk keluar daripada kawasan asrama selepas pukul 12 malam. Dia memerlukan khidmat seorang yang pakar menyelinap daripada asrama. Namun, khidmat tersebut bukanlah percuma. Ada imbuhan yang perlu diberikan.
Baca
Misteri Piano Berhantu
Mengisahkan seorang pelajar sekolah yang hilang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Melati dan sehingga sekarang tidak dijumpai. Intan, Aishah dan Remy bercadang ingin menyiasat tentang piano misteri dan juga pelajar yang hilang. Mari la sama-sama kita saksikan dapatkah mereka menerokai misteri piano tersebut dan dapatkah mereka bertiga berjaya mencari pelajar yang telah hilang itu?
Baca
Tanahairku : Rokok Kayangan
Diyang seorang gadis yang suka menegakkan keadilan. Demi membela abang Faiz, dia sanggup bersusah payah untuk menyiasat kes rokok yang tergantung disebabkan campur tangan mereka-mereka yang berkepentingan.
Baca
Misteri Tentang Wani
Misteri Tentang Wani menceritakan tentang tiga sahabat bernama Jas, Tirah dan Mira dalam mencari jawapan di sebalik tingkah laku misteri sahabat mereka iaitu Wani.
Baca
Mus Di Awangan
Mus Di Awangan mengisahkan Mus, seorang pelajar yang kerap melukis serta berkhayal di dalam kelas akhirnya jatuh cinta terhadap rakan sekelas. Oleh kerana masanya banyak dihabiskan dengan berkhayal di alam fantasi sebelum ini, Mus mengalami kesukaran untuk meluahkan perasaannya dan tidak peka dengan orang sekeliling.
Baca
Jamuan
Mengisahkan jamuan hari guru kelas 3D , tetapi jamuan tersebut diganggu oleh senior kelas 5B Alvin Sia , Sebagai ketua kelas 3D , mampukah Ethan Darius mengelakan serbu jamuan tersebut Dan apakah motif sebenar Alvin Sia ?
Baca
Setapak Melangkah
Adi yang tidak berminat untuk menyertai sebarang aktiviti sempena bulan kemerdekaan terpaksa menyertai kumpulan koir kelasnya setelah diberikan nasihat oleh gurunya.Hal tersebut membuatkan dia resah kerana takut menjadi beban kumpulan.Akhirnya,dia bertemu dengan seseorang yang mengaku sebagai alien.
Baca
Eh? Ini... DIMANA?!
"Eh? Kenapa semua orang... BULAT?!"Apa pula yang dimimpikan oleh si Tashriq semasa tidur di dalam kelas. Saksikanlah pengembaraan dia di dalam dunia mimpi yang pelik!
Baca
Aura
Danish mendapat kelebihan untuk menghapuskan aura negatif seseorang, dan dia sedar dia perlu bantu salah seorang rakan sekelasnya mempunyai aura yang luar biasa.
Baca
Keutamaan Wan
Mengisahkan tentang Wan, seorang pelajar tingkatan 5 yang bercita-cita ingin menjadi permain e-sport akan tetapi Wan leka untuk memberi keutamaan kepada pelajaranya. Lantas menyebabkan markahnya merosot dan telah mengecewakan ibunya. Akhirnya Wan menyedari akan kesilapannya selepas mendapat nasihat daripada Amirah.
Baca
Murid Belacan
Ratusan juta pelajar yang ditelan portal dunia Liminar akhirnya dihantar balik ke bumi. Era bermulanya generasi muda yang penuh dengan gift kuasa" pemberian dari dunia Liminar hanya untuk mereka yang berjaya menempuh hidup selama 20 tahun di dunia tersebut.
Baca
Pengajaran Pembunuh
Mel adalah seorang pelajar yang berumur 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marai 2 dan mempunyai 4 kawan yang bernama Valy, Fari, Hui dan Affie. Dia adalah pembunuh yang tersembunyi di antara pelajar lain. Jarang kes ini berlaku di sekolah!
Baca
Tidak Nyata
Ezra yang dimarahi akibat nilainya yang menurun namun siapa sangka disebalik nilai yang menurun itu ia dibuli. Peristiwa itu berhenti setelah ia dipindahkan ke sekolah baru dan berjumpa dengan orang yang dapat menganggapnya sebagai kawan.
Baca
Fenomena
5 orang murid yang mahu menciptakan band mereka sendiri untuk jadi popular di sekolah. Daniel terjumpa peluang untuk mereka mempersembahkan bakat mereka sendiri iaitu melalui muzik.
Baca
Kedekut Tahi Hidung Masin
Komik ini mengisahkan gelagat seorang remaja budak sekolah bernama Rahman yang mempunyai penyakit kedekut yang jarang ada pada seseorang. Apabila Rahman kedekut pada sesuatu perkara, hingus dia akan meleleh keluar menyebabkan budak sekolah menggelarnya 'Kedekut Tahi Hidung Masin'.
Baca
Hantu SPM
Sekumpulan pelajar lelaki terdengar tentang upacara yang boleh memberikan mereka markah yang cemerlang untuk peperiksaan SPM. Lalu, mereka pun cuba membuat upacara tersebut.
Baca
Kisah Fareez
Komik ini mengisahkan tentang Fareez yang cuba merungkai misteri yang kian menggila di sekolahnya. Bagaimanakah Fareez menyelesaikan misteri tersebut? Mampukah dia bertahan hingga ke saat akhir misteri itu terungkai
Baca
Jurang Zaman
Pertemuan semula antara bekas pelajar sekolah bersama pakcik penjaja di luar sekolah.
Baca
Yang kuat, yang lemah & seekor kucing
Di taman bunga sekolah, Airil sedang membuli Omar dengan memperlekehkan fizikalnya yang kecil dan memanggil dia lemah. Tiba-tiba, seekor kucing muncul dan Airil perlahan-lahan menjauhkan diri dari kucing tersebut kerana takut dengan kucing. Ketika dia cuba untuk melarikan diri, Airil terseliuh akibat terpijak kulit pisang. Oleh kerana Omar adalah ahli PBSM, dia membalut kaki Airil yang terseliuh itu. Airil belajar bahawa yang kuat atau mahir akan sesuatu haruslah membantu yang lain, bukan mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.
Baca
Budak Aspuri
Mengisahkan tentang pengalaman Amira yang baru mendaftar di sekolah asrama menghadapi cabaran menyesuaikan diri dengan kerenah rakan sebilik yang mempunyai latar belakang berbeza.
Baca
Realiti atau Mimpi?
Seorang pelajar yang bernama Amir yang keliru sama ada ianya adalah realiti atau sekadar mimpi.
Baca
Sayap Ilusi
Sayap akan mula tumbuh pada wanita apabila sudah cukup waktu matang mereka.. tetapi apa yang telah berlaku pada aku?
Baca
Peluang Kedua
Kisah tentang cabaran murid dalam menghadapi peperiksaan. Mampukah mereka lulus?
Baca
Anekdot Sekolah
Kisah yang berkisarkan pelajar sekolah dan kerenah mereka yang kadang-kadang tidak boleh dijangka. Jangan risau, mereka yang pasti akan membesar tidak seperti Shinchan dan Doraemon.
Baca
Keris Angkasa
Keris Angkasa berkisahkan Lagenda Pendekar Bertopeng yang pernah terkenal 50 tahun dahulu sebelum keberadaan wira tersebut hilang secara misteri. Kini pada tahun 2020, kelibat pendekar tersebut muncul kembali di daerah Kemasan, Pahang, setelah sekian lama.
Baca
Deduksi
Oleh sebab dia mempunyai daya pemikiran yang luar biasa, Luqman telah diminta oleh bapa saudaranya, untuk membantu menyelesaikan kes kecurian yang berlaku di sekolah.
Baca
Terbang Malam
Mengisahkan sekumpulan pelajar asrama yang keluar malam untuk bersuka ria namun mengahadapi satu tragedi yang tidak dapat dilupakan
Baca
Sekolah Baru
Komik Sekolah Baru ini mengisahkan seorang pelajar bernama Haziq, yang tidak menyukai hari-hari di sekolah baru disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah barunya. Namun, dia tetap cuba menghadapi hari-harinya itu dengan harapan dia dapat membiasakannya.
Baca
Hari Pertama Persekolahan Ijah
Kisah Ijah baru bersekolah rendah dan pelbagai ragam Ijah pada hari pertama persekolahan.
Baca
Ini bukan cerita hantu
Kisah seharian Hantu Raya dan kawan-kawannya di sekolah. Dibuat last minute dalam masa 3 hari
Baca
Dimana Sekolah?
Ali seorang anak gelandangan yang tercicir pembelajaran di sekolah . Pencarian sekolah melalui ‘buku terbang ‘
Baca
Satu Detik Disaat Bunga Layu
Adam seorang pelajar yang bermasalah dan tidak serius dalam hidupnya, satu hari nama dia terpilih untuk program mentor mentee spm. Di program tersebut dia berjumpa seorang perempuan yang bakal merubah hidup dia.
Baca
Dari Kanta si Hitam
Dari kanta si comel, ada seseorang yang menarik perhatiannya. Gadis misteri yang berdiri di depan sekolah. Mulai saat itu, berlaku hubungan istimewa antara mereka.
Baca
Di Bawah Langit Yang Sama
Aidil, seorang pelajar di sekolah yang diserang oleh satu entiti misteri secara tiba-tiba. Apakah motif entiti tersebut? Apakah hubungan antara Aidil dan entiti tersebut?
Baca
Syifa
Kisah Syifa, penghidap Hemofobia (fobia terhadap darah) yang ingin menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah sekolahnya.
Baca
Jajan
Seorang budak lelaki yang mahu memberikan jajan kepada gadis idamannya.
Baca
Kosong
Abu dan rakan-rakan sekampungnya yang merupakan pelajar kelas belakang yang akan menghadapi peperiksaan spm dengan pelbagai karenah mereka demi kejayaan.
Baca
Ilmu & Debu
Selepas penjajahan tentera Jepun pada tahun 1945, seorang pemuda dan bekas pelajar sekolah pertanian aliran Jepun memikirkan peranannya dalam pembentukan masa depan masyarakatnya.
Baca
Lulu
Lulu yang sentiasa ceria rupanya ada ceritanya tersendiri. Di sebalik tawanya yang riang, terdapat kisah hidupnya yang kelam
Baca
Pejuang Rambut Panjang
Lulu yang sentiasa ceria rupanya ada ceritanya tersendiri. Di sebalik tawanya yang riang, terdapat kisah hidupnya yang kelam
Baca
Walkman
Mengisahkan Ijam, kanak-kanak berumur 9 tahun daripada keluarga miskin menginginkan walkman lalu ayahnya mengemukakan syarat-syarat untuk mendapatkannya.
Baca
Kisah Pengawas : RMT
Mengisahkan pasal gelagat dua pengawas percubaan Helmi dan Mei Hua menjaga dan mengedarkan RMT kepada pelajar-pelajar sekolah.
Baca
Pengajaran
Komik ini mengisahkan telatah empat sekawan yang menimba pelbagai pengajaran di sekolah.
Baca
Abang Bear
Mengisahkan tentang Abang Bear, seorang remaja berusia 19 tahun yang bekerja sambilan di kantin sebuah sekolah untuk mengumpul wang sambung belajar.
Baca
Sakti Dreamer
Selamat datang ke dunia sakti dreamerz. Dunia dimana manusia dilahirkan dengan memiliki bakat unik dan istimewa . Ada berkebolehan terbang seperti burung, melekat seperti cicak dan sebagainya. Dengan adanya bakat istimewa ini, masyarakat dapat menjalani hidup dengan lebih baik. Oleh itu, sekolah khas elit ditubuhkan bagi m
Baca
Bola Sepak Kertas
Apabila cikgu tidak hadir dan cikgu ganti beri kebebasan untu buat kerja rumah masing-masing. kelas mula menjadi bosan. maka bermulalah budak budak lelaki bermain bola kertas dibelakang kelas. kenangan zaman persekolahan.
Baca
Aku Bukan Pelajar Terbaik
Apabila cikgu tidak hadir dan cikgu ganti beri kebebasan untu buat kerja rumah masing-masing. kelas mula menjadi bosan. maka bermulalah budak budak lelaki bermain bola kertas dibelakang kelas. kenangan zaman persekolahan.
Baca
Bersaing
Seorang pelajar elit berjumpa semula dengan rakan saingnya di sekolah baharunya. Kini dia perlu bersaing demi mengekalkan kedudukannya di sekolah baharu.
Baca
Pengakhiran Yang Terhenti
Zakwan diminta oleh rakannya untuk meneruskan lukisannya namun ditolak oleh Zakwan serta cabaran yang dihadapi oleh beliau untuk mengetahui punca sebenar kebanyakan pelajar semakin tidak hadir ke sekolah, akan tetapi, ia hanyalah sebuah lukisan oleh rakannya.
Baca
Aku Bukan Dia
Kisah cinta seorang gadis bernama Heeda yang secara diam-diam menyimpan perasaan terhadap rakan sekelasnya yang bernama Zulfarhan. Suatu hari, Heeda menerima sekeping surat daripada Zulfarhan untuk bertemu dengannya selepas sekolah. Namun, tidak seperti yang diharapkan oleh Heeda, Zulfarhan sebenarnya ingin bertemu dengan kawan semejanya iaitu Alisya.
Baca
Pesta Makanan
Sekolah Sara akan mengadakan satu pesta maknan dan pelajar dikehendaki membawa menu sendiri. Sara mahu membawa masakannya sendiri. Dia berusaha belajar hingga berjaya dengan bantuan Mei sahabatnya dan cikgu Izat guru kelab masakan sekolahnya.
Baca